Rakan Bersama

| Monday, October 26, 2009


Aku dan jawapan


Makin ditepis makin menjadi, ah! Selalu sangat ia datang. Sudahlah membawa luka, parut lama ditoreh lagi. Kenapa dengan kamu? Bercakap seakan-akan gila bayang. Amir amuk lagi, entah siapa dimarahinya.

Kamarnya bergema lagi. Bunyi detakan semakin rancak mengelamkan alunan nasyid dari corong bunyi. Kenapa mesti aku? Tika aku jauh dahulu kau mengejar hingga menghimpit waktu, tapi sekarang? Kenapa diam? Sudahlah, tinggalkan aku sahaja. Itu yang tercatat pada monitor.

Ingat cerita dahulu? Ketika kau lewat taman bunga berhampiran kampus? Mana mungkin kau lupa. Cerita kau terluka. Kau fana dengannya waktu itu. Alih-alih tu cerita terakhir. Tahu kenapa?

Amir gila lagi! Terasa mahu dihumban saja tubuh ke pepasir. Biar dia tahu aku gila. Gilakan dia.
Kenapa mesti aku disisih? Kemudian senyum. Argh, Jangan siksa aku lagi!
Apa kau kata? Oh, tak mungkin. Kamu dusta. Aku bukan ahli?

Jaga kau! Aku takkan lepaskan. Kali ini, kau betul-betul aku kunci. Dalam hatiku yang paling dalam.

Cukup setakat ini. Jumpa lagi!

USRAH. . .

~ terimbau usrah di Hadiqah ~



pertahankan syakhsiah ummah

Dunia dah lama kehilangan cahaya
petunjuk illahi samar-samar sahaja
belenggu perhambaan melata menyiksa
kehidupan manusia tiada bahagia

Angin keimanan yang bertiup kencang
menakluki alam dengan paluan jihad
membanggunkan insan dengan hidayah Allah
meratalah keadilan yang terpendam

Mutiara itu harus dipertahankan
sumber keutuhan dalam perjuangan
biar merah darah mengalir ke tanah
tak rela ummah termusnah
pertahankan syakhsiah ummah

Mehnah yang mendatang menguburkan iman
sejarah sahabat menjadi pedoman
walaupun terpisah nyawa dari badan
harga iman tiada di dunia
redha Allah matlamat kita

* Ulang *

Ayuh robohkanlah berhala penindas
ayuh robohkanlah berhala penindas
dengan semangat jihad
pertahankan syakhsiah ummah



0 Komentar: