Mahasiswa & Keamanan
Rakan Bersama
Mahasiswa & Keamanan
| Friday, November 22, 2013
Mahasiswa & Keamanan
Umat
| Friday, January 27, 2012
Aku membaca umat;
dari mata fitnahnya.
hingga gejolak suara,
mematikan deria.
Aku merenung umat
pada langkahnya.
Kata mereka strategi,
atau mungkin semangat,
membuta tuli.
Aku menilai umat
ketika susahnya.
Dari satu laungan,
kini becambah,.
lebih sepuluh.
Sudah membaca
Sudah merenung
Sudah menilai
Sudah tahu;
pecah!
Dan,
aku mahu;
umat membaca
umat merenung
umat menilai
untuk umat.
SEMANGAT SASTERA
| Saturday, January 21, 2012
Assalamualaikum,
Buat pengunjung-pengunjung sekalian;
Alhamdulillah, terdetik juga hati ini nak melakar kata. Coretan yang agak lama menghilang dari muka blog ini. Ramai yang tertanya, kenapa bolg ini makin bersawang. mana hilang penulisannya?
Jujurnya, sastera itu belung hilang dari jiwa saya, cuma lakaran sastera itu belum mampu saya utarakan. Entah, kadang-kadang terbuak-buak idea ingin ditulis, namun mati ditelan masa. Saya akan cuba memulakan kembali dunia penulisan ini. Doakan saya.
Mungkinkah temanya perlu ditukar lagi?
ini sebuah puisi yang sekian lama ingin dipaparkan. mungkin nilainya kurang.
Aku dari sebuah sudut,
Melihat memerhati merenung,
seorang pelakon berbicara,
Katanya;
Mahasiswa mesti bangkit!
Tegakkan haq hapuskan batil!
Sekilas aku terpandang,
sekawan semut berjalan
di hujung kakinya.
Membawa cebisan kecil,
membina istana.
Drama terus berlayar,
dan aku melihat kosong,
pada minda dan jiwa.
Aku melangkah ke pentas,
lalu seketul bata;
kudermakan untuknya.
Nilai hakikat sebenar.
8.18pm
KUIN
Lakaran Sahrawi
| Tuesday, June 14, 2011
Wahai manusia . . . . .
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada sesiapa yang tidak hadir pada hari ini.
Wahai manusia . . . . .
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang mukmin sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan sekali-kali kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan DIA pasti membuat perhitungan terhadap amalan kamu.
Wahai manuisia . . . . .
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.
Wahai manusia dengarlah . . . . .
Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku, dan tidak akan hadir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan ini. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Wahai TUHAN persaksikanlah . . . . . bahawa aku telah menyampaikan risalahMu
Bicara terakhir di lembah uranah itu masih terngiang-ngiang lagi di telinganya, bicara seorang sahabat yang sangat dicintai. Namun hari ini segalanya telah berakhir. Abu Bakar berjalan lemah meninggalkan sekujur jasad itu. Kejaraan laju kuda yang dipacunya sebentar tadi rupanya masih tidak mampu memberikan kesempatan, buatnya melihat saat-saat terakhir keberangkatan baginda menemui Rabbul Jalil. Lesu langkahnya keluar meninggalkan sanak saudara Rasulullah S.A.W yang masih mengerumuni jenazah Baginda. Suasana di luar rumah riuh dan bising, rata-rata orang bertanyakan . . . . .
“apa yang terjadi? apa yang telah berlaku wahai Abu Bakar? Katakanlah...!!” Abu Bakar terdiam. Gugur satu persatu air jernih di matanya. Mengapa tidak, dialah insan yang terlalu banyak mendampingi Rasulullah S.A.W ketika hayat baginda. Umar masih kelihatan tidak dapat menerima kenyataan. Di tangannya masih terhunus sebilah pedang, sambil melaung-laung.
“barang siapa yang mengatakan Rasulullah telah tiada, akan kupenggal lehernya!” berkali suara itu terpacul dari mulut Umar. Abu Bakar menyedari gelodak jiwa yang sedang dirasai oleh sahabatnya itu. Dia tahu betapa lelaki itu terlalu sukar untuk menerima hakikat yang sudah termeterai illahi.
“wahai Umar . . . . . andai kau menyembah Muhammad, hari ini Muhammad telah pergi, tapi jika kamu menyembah Allah, percayalah sesungguhnya Allah tetap hidup dan kekal selamanya.” Kalam itu buat dia terus kelu. Pedang di tangannya terlepas jatuh ke bumi. Air mata hiba seorang sahabat mula menuruni kelopak matanya.
Seluruh alam menyaksikan berita itu. Semuanya seakan mengerti. Alam menjadi kelam. Tujuh hari langit memendungkan diri, hambar dan sepi seakan menangisi pemergian seorang nabi akhir zaman itu. Para sahabat seperti kehilangan daya, namun kerana cinta yang masih berbahang, perjuangan tetap mereka teruskan. Malah bukan sekadar nyawa... lebih daripada itu pun mereka akan rela.!!!
Andai aku ditakdirkan untuk hidup di zaman Rasulullah, ingin sekali aku menjadi insan yang walau secebis dapat bertapak di hatinya. Paling tidak, aku dapat menguruskan sedikit sebanyak tentang diri baginda. Sayang sekali aku tidak tercalon untuk menjadi permaisuri itu, walaupun bukan yang pertama, kedua atau ketiga... lantaran kerana aku dilahirkan saat ini, zaman yang telah meninggalkan insan istimewa itu berkurun lamanya. Lantas kini... salahkah untuk aku mengidami pewarisnya?! Ekoran menagih impian yang tidak kesampaian itu...!
Terperap
| Tuesday, March 22, 2011
Sekebun bunga iman
mekar disiram ibrah
dari kiblat taqwa
yang menuntut redha.
Lalu sirah umat terjaga,
lewat kaum Musa
maut dihempap lautan
lantaran derhaka.
Persis bumi Tsamud
dibaham tanah ternoda.
Pernah jua si Adam,
gelincir dalam pujuk Hawa
bila khuldi larangan
menyentuh bibir
hingga terhumban ke dunia,
dari sebuah bisikan kecil
angkara si licik iblis.
Sekilas trilogi silam,
memberi dua jalan
untuk satu noktah.
Sinar iman
atau zulmat kufur.
Hari ini,
imbasannya terlakar
warna dosa kembali segar.
jejak maksiat bergegar
membawa slogan baru.
Dunia tanpa tuhan!
Gerimis di kota senja
Dia merenung tajam awan kota itu. Memanah indera melepasi menara idola dunia. kertas kusam itu renyuk digenggam. Nyanyian sekawan camar di kaki langit lansung tidak mengoyak tumpuannya malah mata itu dikatup perlahan hingga zulmat sejenak. Seisi alam mengecil menyusup ke minda. Nafas dihela.
kata Diana kau penipu besar. Harapkan berkopiah putih kau memasang umpan. Sudah punya ikan emas masih mengail lagi. Entah ribut apa melanda hatinya hingga mengamuk begitu. Mata-mata galak mula menjeling.’ Sangkakan ustaz rupanya pelakon’ suara fitnah mula berkocak.
Dia runsing sendirian, nota kuliah bagaikan menari-nari lewat petang itu. Pitanya masih berputar seimbas hujuman di dewan kuliah pagi tadi.
bersambung........
Usia
Saatnya akan tiba,
bila satu jalan akan
menghadap taman syurga
lalu mana jalanmu?
ketika 72 puak
memandang satu barisan
dibawah arasy tuhan
lalu mana barismu?
Antara lembah jahanam
penuh tusukan azab
dan gunung firdaus
dari cairan nikmat
lalu mana arahmu?
Demikan firmanNYA
memberi kamus hidup
untuk hari setelah;
usiamu tidak bermakna.
Demi ma'ruf!
Demi mungkar!
bezanya nyata!
lalu mana pilihanmu?
Trilogi Rafiq
Satu
Warkah itu tersendu, meski esaknya tambah merenyukkan kusam yang makin mencebis. Hanya rehal menampannya di atas rak untuk lebih megah dari sejadah atau tasbih. Ia makhluk bisu yang meriwayatkan segala sesuatu. Juga dengan akrabnya, si duri tajam dari tubuh landak.
Malam begini, dua ratus tahun yang lepas pasti bingit. Kalaupun ia sekadar tanah yang ditutup tikar atau dinding sekadar pelepah, pasti gemanya bersilih ganti. Semalam? Dua? Tidak! Saban malam mereka bersama. Qiamullailnya bersaf-saf bagai tradisi yang tak mungkin lapuk.
Usai maghrib tadi, lantunan firman yang sama berkumandang. ‘sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara’. Lalu naskhah itu bercerita. Cereka lama berputar, mula mengintip jejak sirah.
‘bagaimana Tamlikha, apa yang patut kita lakukan sekarang? Soal salah seorang dari lima saudaranya itu. ‘baik, kita harus meninggalkan raja yang zalim ini dan mencari pencipta sebenar langit dan bumi ini’ dengan yakin Tamlikha membuat keputusan.
‘kami setuju dengan pendapatmu’ ujar kesemua saudaranya.
Lalu keluarlah Tamlikha menjual kurma hingga berhasil memperolehi tiga dirham.
bersambung...........
| Wednesday, February 23, 2011
TULISAN DI BATU NISAN JALALUDDIN AR-RUMI
Ketika kita mati, jangan cari pusara kita di bumi, tetapi carilah di hati manusia
.