Rakan Bersama

Episod Kenangan

| Sunday, March 28, 2010

Episod Kenangan

Setiap manusia diberi nikmat yang pelbagai. Antara nikmat yang terindah adalah kenangan. Masa silam, sejarah dan kronologi hidup adalah sesuatu yang tidak berubah. Dari satu platform masa ke platform yang lain ada babakan yang berlalu. Peristiwa yang berlaku mencipta pelbagai ingatan dalam sesuatu situasi. Jangan dinafikan keindahan kenangan meski pahit jalan ceritanya. Kerana sebuah kenangan kita menjadi dewasa.
Kenangan saya
Kita sering terimbau kenangan yang memberikan kita kegembiraan untuk kita meneruskan kehidupan. Kadangkala kita terhanyut dalam kenangan yang menyedihkan kerana di situ kita tahu erti kehidupan. Putaran dunia memberikan kita rencam pelbagai jiwa. Sedih, suka, marah, benci dan pelbagai corak emosi.
Saya pernah merasa satu kehilangan yang besar dalam diri satu ketika dahulu. Ketika kaki menginjak debu sahara, saya bertemu dua cahaya yang memberi inspirasi dalam layar permusafiran di bumi ilmu ini. Kesempatan yang begitu terhad menambah asyik dalam bejana kosong jiwa saya. Manakan tidak, mazmumah yang saya bina 18 tahun dahulu lentur dengan siraman mauizah mereka.

Dua bintang ini pemberi nafas baru dalam sejarah permukiman saya di perlembahan nil ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada mereka.

Murabbi pertama bumi perlembahan Nil

As-Syarif al Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani.


Kenangan terakhir bersama Syeikh Atiah Saqar


Biografi Syeikh Yusuf Al-Bakhour Al-Hasani


Sheikh As-Syarif al Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani. Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.

KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN BELIAU:
Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU
Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun.
Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.

ANTARA GURU-GURU BELIAU:
Beliau mengambil tarbiah sufiyah secara khusus dari As-Sheikh Al-Mursyid Sidi Abdul Qadir Isa r.a. yang merupakan mursyid bagi Tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah.

Setelah dilihat kelayakan Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani, dalam memikul tugas sebagai mursyid, maka Sidi Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. memberi izin wirid 'am dan khas tarikat As-Syazuliyah dan izin irsyad dan tarbiah kepada beliau. Sheikh Yusuf merupakan khalifah Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. yang termuda dari kalangan keempat-empat khalifah beliau.

Sheikh Yusuf Al-Hasani pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. untuk bertemu dengan guru beliau sendiri iaitu Sheikh Muhammad Al-Hasyimi. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi turut memberi izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah kepada Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani r.a..

Sheikh Yusuf Al-Hasani bersahabat dengan Sheikh Abdul Qadir Isa sehinggalah ke hujung hayat Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Setelah kewafatan Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikh Yusuf juga turut mencari mursyid lain sebagai tabarruk dan merasakan diri masih lagi memerlukan tarbiah dari seorang mursyid, walaupun pada ketika itu, beliau sudahpun mendapat izin sebagai seorang mursyid.

Sheikh Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tabarruk dari Sheikh Sa'duddin Murod, yang merupakan khalifah utama Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Sheikh Sa'duddin Murod turut memberikan kepada Shiekh Yusuf Al-Hasani izin tarbiah khalwah dan izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah.

Bukan sekadar itu sahaja, malah Sheikh Yusuf Al-Hasani turut menemui Sheikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf untuk mengambil bai'ah tarikat daripada beliau seterusnya menjadi murid beliau. Sheikh Abdul Qadir As-Saggaf lantas memberi kepada Sheikh Yusuf Al-Hasani, izin irsyad tarikat As-Syazuliyah, kerana melihat keahlian yang dimiliki oleh Sheikh Yusuf.

Di samping itu juga, Sheikh Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tarikat daripada beberapa mursyid tarikat berlainan lantaran itu, turut menerima izin irsyad dari mursyid-mursyid tarikat tersebut. Antara mursyid-mursyd tersebut adalah:


1. Sheikh Soleh Farfur (tarikat As-Syazuliyah)

2. Sheikh Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi Al-Maliki (tarikat Alawiyah)

3. Sheikh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (tarikat An-Naqsyabandiyah)

4. Sheikh Muhammad Na'im Al-Jailani Al-Asyarafi (tarikat Al-Qadiriyah)

5. Sheikh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (tarikat Asyirah Muhammadyah)

6. Sheikh Yusuf Al-Hasani juga meriwayatkan hadis-hadis musalsal dan sanad-sanad hadis dan ilmu agama secara umum dari Sheikh Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki r.a. dan Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim.


AKTIVITI-AKTIVITI BELIAU:
- Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.
- Pensyarah di Universiti Islam Lubnan
- Ahli Jawatan Kuasa Majlis Fatwa Lubnan
- Anggota Majlis Ulama' di Syria
- Seorang pendakwah peringkat antarabangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepun dan Asia Tenggara)
- Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada
- Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.
- Pengasas Dar El-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.
-Penasihat Kehormat Institut Pngajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia




Warganegara : Lubnan

Tarikh Lahir : Tahun 1948

Pendidikan
Menamatkan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M
Menamatkan Pendidikan di Institut Hukum Islam dalam Fakulti Syariah
Islam di Universiti Islam Syria 1974 M
Menamatkan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sivil internasional
dalam Fakulti Syari'ah Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar 1989 M

Jawatan
Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga
Fatwa di Libanon 1975 - 1982 M
Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M
Pembimbing Spiritual (Murobbi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto,
di samping pada berbagai Komuniti Muslim di Amerika Utara 1992 M
Terpilih sebagai da'i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama
dan moral Islam di seluruh komuniti muslim di Amerika Utara.
Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon.
Guru Besar Fiqh Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar.
Penasihat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam
di Universiti Ar Razi Malaysia.
Da'i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore,
Brunei, Japan dan lain-lain.
Pimpinan Umum Persatuan Da'i Tasawuf internasional.


Bakat lain
Pakar bidang subjek perbandingan antara fiqh Hanafiah dan mazhab-mazhab lain
serta pemikiran Islam.



Sumber dipetik dari;
www.darulhasani.com







Sahabat Senja

| Sunday, March 7, 2010


Disebalik kisah seorang teman
,
...aku coretkan...