Rakan Bersama

Gadis Kecil Itu

| Thursday, July 15, 2010


Puisi gadis kecil




Kembara seorang gadis kecil
mengintai jalanan sufi.
mengikis sebuah silam
yang meragut secebis bahagia.

Gadis kecil itu,
menangis saban malam
dari titis air matanya
penuh kekeliruan
antara diri dengan tuhan.

Nur di atas cahaya,
pernah irama kalam tuhan
meresap jauh ke lubuk hatinya.
Dia terpana!

Tika jalannya tersuluh,
setitik zulmat bertapak,
memberi arah yang penuh duri.
Dia kembali dilema
impian atau cinta?

Jiwanya goyah ditusuk rasa,
dia memilih impian,
sebuah impian baru
cinta.

Gerak hatinya pasrah
bila diselimuti cinta
hingga fana.
Fana akan dunia cinta..


Tika Dia menguji akan hambaNYA,
Tika itu membaranya sebuah kembara,
Kembara yang dicari,
Kembara sufi cinta..

Cinta dikejar kala itu,
Cinta yang tiada bayangannya,
Sucinya hati seorang gadis kecil,
Yang mengejar cinta hanya padaNYA..

Bilamana dikata,
Apabila suria melambai mencarinya,
Hidayah taufiq untuknya,
Cinta si gadis hanya padaNYA..

Hari ini fitrahnya kembali
Interaksi diri mencari
Sebuah kelukaan hati.

Dia memandang impian
Dari sebalik kaca.
Kaca yang retak
Kerana bisikan tajam.

Dia semakin dewasa
Melihat cinta dengan pilihan
Kini segala pasrah
Menanti satu natijah
Impian atau cinta?


Tamat