Gadis Itu
Dia seorang gadis istimewa. Lahir dari keluarga yang mengutamakan syariat. Melalui perjalanan menuju usia dewasa dengan penuh didikan agama. Meski masih muda dia sudah memiliki kewanitaan yang tinggi atau secara islami dia gadis solehah. Gambaran solehah ini jelas ketika dia masih menuntut ilmu di sebuah IPT yang mahsyur. Universiti Islam Antarabangsa. Perwatakannya begitu terjaga ketika siswazah lain merasa bebas dari kongkongan dia mengalami evolusi diri sendiri. Dia ingin sufi.
Rabiatul Adawiyah merupakan srikandi sufi kelahiran agung selepas kewafatan baginda rasulullah. Kecintaan kepada Allah melebih segala-galanya. Dunia tidak mampu bertapak dalam jiwanya walau secubit. Dia juga tidak berkahwin sepanjang hayatnya.
Begitu ceritanya kepada saya setelah mula memberi laluan berhujah . Lewat tazkirah ringkas melalui laman sembang, kami berkhilaf. Seringkali mafhum hadis yang dilontarkan saya mempersoalkan sumber dan kedudukan kalam baginda itu. Dan seperti biasa jawapannya sama ‘ana dapat dari kawan, insyaAllah nanti ana akan cari’. Entah berapa kali keadaan ini berlaku sehinggalah kami mula mengkoreksi sejarah silam.
Seperti saya, dia juga mendalami ilmu tasauf. bezanya Cuma saya dibumi Afrika dan dia di bumi Asia. Melewati beberapa waktu kami semakin kerap berhubung. Dia mula membawa persoalan-persoalan menjurus kepada jidal. Namun ada satu babakan yang mencetus keintiman. Hanya kerana topik itu kami semakin mesra. Ego seorang lelaki dan wanita bertembung.
“disebalik kekuatan seorang lelaki ada wanita” begitu bicaranya sinis menghujum saya. Justeru saya membidas dengan sebaliknya. Dia membahaskan sejarah penciptaan Hawa disebalik kesepian Adam. Saya menjadi bingit seketika. “lalu bagaimana manusia dicampak ke dunia, kerana Adam atau Hawa?” bahang saya meletus.
Detik permulaan yang seakan perdebatan bertukar rentak. Muhasabah diri mengikat kami dalam beberapa fasa perkenalan. Hari ini tidak seperti sebelumnya. Segalanya berubah. Keegoan kami lontarkan sejauh mungkin. Perjidalan menjadi perbincangan. Saling menghormati prinsip masing-masing.
Namun ada perkara yang kami terlupa dalam setiap diskusi. Mungkin perkara asas dalam pertemuan. Taaruf. Kami tidak pernah bertaaruf untuk sekian lama. Munawwar (bukan nama sebenar) begitu nama ringkasnya.
Setelah beberapa lama berlansung perkenalan, terjadilah suatu perkara yang melibatkan perasaan. Dari hari ke hari semakin intim dan akhirnya saling memberi kepercayaan.
Pada suatu hari sebuah bingkisan mengisi kotak email saya. Bingkisan yang mengakhirkan segalanya.
Dunia ini
ada waktunya kau dikelilingi
khalayak manusia
Ditemani dan didampingi
Dan pasti ada ketikanya
kau terpencil sendirian
pasti diselubungi kesepian
Sunyi.
Emosi dirodok kecamuk
Fikiran bercapah seribu
Memaksa kau rebah dalam seribu ilusi
Kau termenung,
hingga emosi menutup rapat kisi-kisi hati
membina kamar sepi di perdu atma.
Kau bertanya pada diri berkali-kali
"Kenapa Tuhan memilih aku
menanggung kepahitan ini?"
kau buntu memikirkannya.
Kau makin tidak mengerti.
Lantas memaksa diri
bangun dari rebah.
Bangun mencari erti
di sebalik ketewasan
Kau bawa dirimu
keluar dari kamar sepi
yang kau cipta sendiri.
Bukalah mata!
Pandanglah alam yang luas terbentang.
Mengertilah!
Hidup mesti diteruskan hingga ke akhirnya
walaupun sendirian.
Apabila kau memilih berputus asa
selepas kegagalan pertama
maka kau tidak akan
diberi peluang kedua lagi.
Adakah itu yang kau mahukan?
Itukah keinginanmu?
Ingin hidup kesepian dalam emosi?
Dihurung sunyi..
Perlahan-lahan perit kecewa memamah
setiap luka di hati..
Akhirnya, kau dijerut kepedihan
sepanjang hayat.
Ataupun kau bangkit
buat kali kedua
menunggu peluang
untuk menjadi manusia baru.
Berusaha melupakan
ketewasan semalam,
untuk membina tiang baru
atas runtuhan silam.
Hidup adalah pilihan
Kau harus memilih dan membuat keputusan
Untuk terus hidup!
Tiada pengakhiran yang bisa menamatkan
perjalanan kehidupan
melainkan kematian.
Berakhirnya suatu kisah,
pasti membawa lembaran baru..
The world is round,
the place which may seem like the end
may also be only the beginning.
Kau harus yakin pada diri sendiri!
Yakin pada takdir!
Pasti Tuhan tidak membiarkan hambanya
yang berusaha dengan ikhlas,
hidup terbiar.
Kau harus berdoa bersungguh-sungguh!
Dan pasti, doamu dikabulkan.
Tuhan menerima doamu
dan memberikan apa yang kau mahu..
Jangan sekali-kali
sia-siakan peluang yang diberi.
ada waktunya kau dikelilingi
khalayak manusia
Ditemani dan didampingi
Dan pasti ada ketikanya
kau terpencil sendirian
pasti diselubungi kesepian
Sunyi.
Emosi dirodok kecamuk
Fikiran bercapah seribu
Memaksa kau rebah dalam seribu ilusi
Kau termenung,
hingga emosi menutup rapat kisi-kisi hati
membina kamar sepi di perdu atma.
Kau bertanya pada diri berkali-kali
"Kenapa Tuhan memilih aku
menanggung kepahitan ini?"
kau buntu memikirkannya.
Kau makin tidak mengerti.
Lantas memaksa diri
bangun dari rebah.
Bangun mencari erti
di sebalik ketewasan
Kau bawa dirimu
keluar dari kamar sepi
yang kau cipta sendiri.
Bukalah mata!
Pandanglah alam yang luas terbentang.
Mengertilah!
Hidup mesti diteruskan hingga ke akhirnya
walaupun sendirian.
Apabila kau memilih berputus asa
selepas kegagalan pertama
maka kau tidak akan
diberi peluang kedua lagi.
Adakah itu yang kau mahukan?
Itukah keinginanmu?
Ingin hidup kesepian dalam emosi?
Dihurung sunyi..
Perlahan-lahan perit kecewa memamah
setiap luka di hati..
Akhirnya, kau dijerut kepedihan
sepanjang hayat.
Ataupun kau bangkit
buat kali kedua
menunggu peluang
untuk menjadi manusia baru.
Berusaha melupakan
ketewasan semalam,
untuk membina tiang baru
atas runtuhan silam.
Hidup adalah pilihan
Kau harus memilih dan membuat keputusan
Untuk terus hidup!
Tiada pengakhiran yang bisa menamatkan
perjalanan kehidupan
melainkan kematian.
Berakhirnya suatu kisah,
pasti membawa lembaran baru..
The world is round,
the place which may seem like the end
may also be only the beginning.
Kau harus yakin pada diri sendiri!
Yakin pada takdir!
Pasti Tuhan tidak membiarkan hambanya
yang berusaha dengan ikhlas,
hidup terbiar.
Kau harus berdoa bersungguh-sungguh!
Dan pasti, doamu dikabulkan.
Tuhan menerima doamu
dan memberikan apa yang kau mahu..
Jangan sekali-kali
sia-siakan peluang yang diberi.
Cerita ini tamat di sini. Ada sesuatu yang saya rasai. Setelah hilangnya sesuatu pasti gantinya sesuatu.
p/s >> Mencari idea untuk blog yang dah bersawang. Sekadar cerita
>> Karya di atas sudah diedit dari karya asal
0 Komentar:
Post a Comment