Seringkali aku diuji dengan mainan dunia..
Kadang-kala hati aku terpukau pada keindahannya..
Membuai jiwa dengan kenikmatan yang tiada bertepi..
Ombak yang mula beralun itu menenggelamkan aku dengan janji-janji palsu..
Janji yang mana aku fikirkan ia dapat memenuhi keperluanku..
Di manakah letaknya erti bahagia sebenar?
Andai hati masih melakar nista pada Sang Pencipta Agung..
Aku terfikir di saat noda duniawi mula bertapak dalam sanubari..
Rupa-rupanya ALLAH telah membisikkan kalam suci ke dalam hatiku ini..
Engkau tidak pernah meninggalkan aku..
Saat aku jauh mahupun dekat dgn-Mu..
Apakah maksud-Mu, ya Robbi?
Mengapa Engkau masih menegurku,
di saat aku dalam kejauhan?
Ya Allah,
Kekasih hatiku, pengubat duka laraku..
Engkau masih mahu menunjukkan aku,
akan kasih sayang-Mu yang tiada bertepi itu,
dengan menguji imanku..
Ampunilah dosa-dosaku!
Kerana sesungguhnya,
baru sekarang ku tersedar dari lamunan mimpi yang panjang..
Mimpi yang indah tetapi terletak pada ilustrasi lakaran noda..
Saat aku terjatuh, Engkau masih menghulurkan bantuan..
Saat aku bersedih, Engkau membisikkan kata-kata semangat..
Saat aku keseorangan, Engkau sentiasa ada bersamaku..
Saat aku keliru dan bingung, Engkau yang menyelesaikan..
Hanya pada-Mu,
Ya Rahman ya Rahim,
Letaknya harapan dan matlamatku..
Allahu Robbi wa ghoyatuna!

4 Komentar:
Nyata tika insan lain sedang nyenyak dibuai lamunan mimpi, mujahid sufi haraki ana ni bangun bermunajat kepada-NYA dalam menjahit kembali sejadah iman yang seringkali koyak..
Salam tazkiyatunnafs ya akhi fillah!
~almunawwarah89~
tidak seindah khayalan yang kita impikan...
Ya akhi,
dengarlah apa yang mahu ana katakan..
Tahukah enta betapa ALLAH menyayangimu?
Pernahkah enta terfikir betapa kasihnya ALLAH kepada diri enta?
Andai benar enta mencintai ALLAH,
Qiam kah enta kerap di sepertiga malam?
Dhuha kah enta pada setiap pagi?
Adakah enta membaca 'surat' cinta-NYA pada setiap hari?
Insafkah enta pada dosa2 yang terdahulu, kini dan sekarang?
Lupakah nikmat2 ALLAH pada enta selama ni?
Saudaraku yang dikasihi ALLAH,
BUKAKANLAH PINTU HATIMU ITU!
IZINKANLAH CAHAYA ALLAH MENERANGI DI SEGENAP RUANG QALBUMU!
JADIKANLAH DIRIMU ITU
'CAHAYA DI ATAS CAHAYA'...
Salam ikatan rabithah min ana.
~Nurun 'alan Nur~
Subhaanallah..indah sungguh setiap bait kalam anta..semoga ianya menjadi inspirasi buat anta dan para pembaca..innallaaha ma'assoobiriin..
Post a Comment