Rakan Bersama

Lakaran Sahrawi

| Tuesday, June 14, 2011






Wahai manusia . . . . .

Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada sesiapa yang tidak hadir pada hari ini.


Wahai manusia . . . . .

Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang mukmin sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan sekali-kali kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan DIA pasti membuat perhitungan terhadap amalan kamu.


Wahai manuisia . . . . .

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.


Wahai manusia dengarlah . . . . .

Tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku, dan tidak akan hadir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan ini. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Wahai TUHAN persaksikanlah . . . . . bahawa aku telah menyampaikan risalahMu


Bicara terakhir di lembah uranah itu masih terngiang-ngiang lagi di telinganya, bicara seorang sahabat yang sangat dicintai. Namun hari ini segalanya telah berakhir. Abu Bakar berjalan lemah meninggalkan sekujur jasad itu. Kejaraan laju kuda yang dipacunya sebentar tadi rupanya masih tidak mampu memberikan kesempatan, buatnya melihat saat-saat terakhir keberangkatan baginda menemui Rabbul Jalil. Lesu langkahnya keluar meninggalkan sanak saudara Rasulullah S.A.W yang masih mengerumuni jenazah Baginda. Suasana di luar rumah riuh dan bising, rata-rata orang bertanyakan . . . . .


apa yang terjadi? apa yang telah berlaku wahai Abu Bakar? Katakanlah...!!” Abu Bakar terdiam. Gugur satu persatu air jernih di matanya. Mengapa tidak, dialah insan yang terlalu banyak mendampingi Rasulullah S.A.W ketika hayat baginda. Umar masih kelihatan tidak dapat menerima kenyataan. Di tangannya masih terhunus sebilah pedang, sambil melaung-laung.


barang siapa yang mengatakan Rasulullah telah tiada, akan kupenggal lehernya!” berkali suara itu terpacul dari mulut Umar. Abu Bakar menyedari gelodak jiwa yang sedang dirasai oleh sahabatnya itu. Dia tahu betapa lelaki itu terlalu sukar untuk menerima hakikat yang sudah termeterai illahi.


wahai Umar . . . . . andai kau menyembah Muhammad, hari ini Muhammad telah pergi, tapi jika kamu menyembah Allah, percayalah sesungguhnya Allah tetap hidup dan kekal selamanya.” Kalam itu buat dia terus kelu. Pedang di tangannya terlepas jatuh ke bumi. Air mata hiba seorang sahabat mula menuruni kelopak matanya.


Seluruh alam menyaksikan berita itu. Semuanya seakan mengerti. Alam menjadi kelam. Tujuh hari langit memendungkan diri, hambar dan sepi seakan menangisi pemergian seorang nabi akhir zaman itu. Para sahabat seperti kehilangan daya, namun kerana cinta yang masih berbahang, perjuangan tetap mereka teruskan. Malah bukan sekadar nyawa... lebih daripada itu pun mereka akan rela.!!!


Andai aku ditakdirkan untuk hidup di zaman Rasulullah, ingin sekali aku menjadi insan yang walau secebis dapat bertapak di hatinya. Paling tidak, aku dapat menguruskan sedikit sebanyak tentang diri baginda. Sayang sekali aku tidak tercalon untuk menjadi permaisuri itu, walaupun bukan yang pertama, kedua atau ketiga... lantaran kerana aku dilahirkan saat ini, zaman yang telah meninggalkan insan istimewa itu berkurun lamanya. Lantas kini... salahkah untuk aku mengidami pewarisnya?! Ekoran menagih impian yang tidak kesampaian itu...!


Sebuah bingkisan dari novel LAKARAN SAHRAWI



4 Komentar:

nur said...

salam....sy nk tnye..kt kedai mane ade jual novel lakaran sahrawi??sy rindu sgt nk bc balik novel ni...terima kasih

Anonymous said...

Salam..jika masih berminat dgn novel ini boleh pm sy di fb; faizah othman..sy lah penulis itu..terima kasih krn mnyanjungi novel lagenda sy itu.. :-)

Pudeen said...

Faizah othman... saya berminat nak dapatkan novel lakaran sahrawi.. boleh bagi detail fb ? Utk saya pm

Anonymous said...

dekat mna ada jual novel ni ?