Rakan Bersama

Sebuah nilaian....

| Saturday, January 29, 2011






Kita seorang penilai






Dakwah

| Friday, January 21, 2011



Datangnya terasing II perginya terasing









SEBUAH UJIAN

| Wednesday, December 22, 2010





Dulunya sekadar simpati bila melihat insan kurang upaya. Tapi kini segalanya berubah. Itulah sebuah takdir. Diuji dengan sebuah kemalangan. Patah kaki kiri!

Catatan Hujung Kembara

| Tuesday, August 31, 2010


Catatan kedua

(Ramadhan Terakhir)



Ramadhan melangkah pergi, seiring perjalanan masa. Sengaja ku sentuh papan kekunci sedang ingatan tengelam dalam kiraan detik. Semakin dekat dengan langkah penghujung. Cacatan ini mungkin satu bait kata yang akan dikenang. Sebuah memori yang takkan terulang.

Saatnya 1 Ramadhan aku benar-benar berpijak di bumi ini. Sudah genap anak kecil berumur empat tahun pada kelahiran itu.

Dan aku.....

Menghitung hari-terakhir dalam catatan kembara ini.





Bingkisan Sisi

|




Seringkali aku diuji dengan mainan dunia..
Kadang-kala hati aku terpukau pada keindahannya..
Membuai jiwa dengan kenikmatan yang tiada bertepi..
Ombak yang mula beralun itu menenggelamkan aku dengan janji-janji palsu..
Janji yang mana aku fikirkan ia dapat memenuhi keperluanku..


Di manakah letaknya erti bahagia sebenar?
Andai hati masih melakar nista pada Sang Pencipta Agung..
Aku terfikir di saat noda duniawi mula bertapak dalam sanubari..
Rupa-rupanya ALLAH telah membisikkan kalam suci ke dalam hatiku ini..

Engkau tidak pernah meninggalkan aku..
Saat aku jauh mahupun dekat dgn-Mu..
Apakah maksud-Mu, ya Robbi?
Mengapa Engkau masih menegurku,
di saat aku dalam kejauhan?


Ya Allah,
Kekasih hatiku, pengubat duka laraku..
Engkau masih mahu menunjukkan aku,
akan kasih sayang-Mu yang tiada bertepi itu,
dengan menguji imanku..


Ampunilah dosa-dosaku!
Kerana sesungguhnya,
baru sekarang ku tersedar dari lamunan mimpi yang panjang..
Mimpi yang indah tetapi terletak pada ilustrasi lakaran noda..


Saat aku terjatuh, Engkau masih menghulurkan bantuan..
Saat aku bersedih, Engkau membisikkan kata-kata semangat..
Saat aku keseorangan, Engkau sentiasa ada bersamaku..
Saat aku keliru dan bingung, Engkau yang menyelesaikan..

Hanya pada-Mu,
Ya Rahman ya Rahim,
Letaknya harapan dan matlamatku..
Allahu Robbi wa ghoyatuna!




Catatan Hujung Kembara

| Saturday, August 28, 2010

29 OGOS 2010 M
19 Ramadhan 1431 H

Catatan Pertama

(permulaan bagi pengakhiran)



Ini adalah catatan-catatan peribadi dalam episod-episod terakhir permukiman saya.


Gadis Kecil Itu

| Thursday, July 15, 2010


Puisi gadis kecil




Kembara seorang gadis kecil
mengintai jalanan sufi.
mengikis sebuah silam
yang meragut secebis bahagia.

Gadis kecil itu,
menangis saban malam
dari titis air matanya
penuh kekeliruan
antara diri dengan tuhan.

Nur di atas cahaya,
pernah irama kalam tuhan
meresap jauh ke lubuk hatinya.
Dia terpana!

Tika jalannya tersuluh,
setitik zulmat bertapak,
memberi arah yang penuh duri.
Dia kembali dilema
impian atau cinta?

Jiwanya goyah ditusuk rasa,
dia memilih impian,
sebuah impian baru
cinta.

Gerak hatinya pasrah
bila diselimuti cinta
hingga fana.
Fana akan dunia cinta..


Tika Dia menguji akan hambaNYA,
Tika itu membaranya sebuah kembara,
Kembara yang dicari,
Kembara sufi cinta..

Cinta dikejar kala itu,
Cinta yang tiada bayangannya,
Sucinya hati seorang gadis kecil,
Yang mengejar cinta hanya padaNYA..

Bilamana dikata,
Apabila suria melambai mencarinya,
Hidayah taufiq untuknya,
Cinta si gadis hanya padaNYA..

Hari ini fitrahnya kembali
Interaksi diri mencari
Sebuah kelukaan hati.

Dia memandang impian
Dari sebalik kaca.
Kaca yang retak
Kerana bisikan tajam.

Dia semakin dewasa
Melihat cinta dengan pilihan
Kini segala pasrah
Menanti satu natijah
Impian atau cinta?


Tamat